Tuesday, December 28, 2010 |
0
comments
“Masa muda itu tidak akan bertahan, kerana usia akan menjangkau dewasa dan akhirnya tibalah masa tua. Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi, saat-saat remaja hanya kenangan. Jika masa remaja tidak diperguna menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di hari tua.
Masa tua segala-galanya tidak ada yang indah, kudrat tenaga sudah lemah, selera makan kian menurun meskipun disajikan makanan yang serba lazat. Sering dilanda sakitkerana keupayaan fizikal untuk melawan penyakit semakin lemah, keterbatasan telah melingkungi dirinya.
Dalam situasi sedemikian, mungkin seseorang baru menyedari betapa masa muda itu amat berharga. Oleh itu mensia-siakan masa muda yang amat bereti bagaikan menempah untuk derita menanggung penyesalan. Menyesal kemudian hanyalah satu kesengsaraan.”-Tuan Guru Nik Abdul Aziz
النذكرة و الوصايا-dipetik daripada
0 comments:
Post a Comment